Wednesday, 29 February 2012
Last Post.
At last it comes to the end of sem 5. We were so tensed this sem. the ict task were the most difficult for us to complete. Ada yang dh nk give up tapi alhamdulillah semua dapat siapkan ontime not all perfect. Hope passes with flying colours. Hope to meet again next sem. Thanks En.Hasnan for your lesson that you have taught us. Janganlah putus asa mengajar mahasistua macam kami semua. Harap-harap boleh dapat "A".
Tuesday, 14 February 2012
Ulasan Jurnal ICT Dalam Pendidikan
Ulasan Jurnal
1.0 Tajuk
Jurnal
Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Di kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional : Sikap
Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT oleh Ting Kung Shuing
dan Woo Yoke Ling, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknoligi Malaysia
2.0 Penyediaan
abstrak oleh penulis
ICT adalah alat bantu
mengajar yang penting dalam SM Teknik dan Vokasional. Tetapi terdapat pelbagai
kekangan dan cabaran seperti kekangan guru untuk menghabiskan silibus, sikap
negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan,
jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Penulis
mengesyorkan supaya penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum,
perubahan sikap dan nilai guru terhadap ICT, penganjuran kursus pendek untuk
guru, penyediaan infrastruktur komunikasi dan multimedia serta infostruktur
yang lengkap serta penyediaan kemudahan computer di luar bandar dan rangkaan
sumber kewangan yang mencukupi. Kata kunci jurnal ini iala ICT dalam pendidikan
guru.
3.0 Kandungan
3.1 Pengenalan.
Penulis mengaitkan perubahan global yang pesat dalam ICT memberi kesan kepada Negara-negara membangun
seperti Malaysia (Abd. Rahim, 2005). Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan
kemajuan ICT memberi cabaran baru kepada profesion keguruan, di samping
kemajuan yang berlaku ini perlu dimanafaatkan untuk mempertingkatkan martabat
profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke – 21 (Ward &
Peppard, 2003). Penulis juga memetik kata-kata B.G Yaxley (1991) pengajaran
merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi
kepercayaan, nilai dan makna.
3.2 Sorotan
Literature
Dalam membincangkan isu
jurnal ini penulis kerap merujuk kepada pernyataan dari orang lain contohnya
ialah:
i.
Hjetland (1995) iaitu Technology can make our
lives easier. Every task are simplified.
ii.
Ellington,
dan Race (1993) iaitu penggunaan computer dalam pendidikan mempunyai
beberapa kekuatan dan kelemahan yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik
pengajaran yang lebih menekankan peranan individu.
iii.
Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa
leterasi computer membawa maksud mempelajarai cara menggunakan sesuatu
perisisian mikrokomputer.
iv.
Dologite (1987) menyatakan leterasi membawa
maksud yang agak mudah iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang
menggunakan computer.
v.
Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi
computer membawa maksud yang lebih luas iaitu kesedaran dan pengalaman dan
pengendalian computer.
vi.
Besag dan Levine (1984) berpendapat bahawa
tahap asas literasi computer adalah
kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan definisi
yang luas serta boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian.
3.3 Kaedah
Penulis tidak menyatakan
kaedah atau metadologi, penulis hanya
ada menemubual beberapa orang guru.
Tiada instrument yang dinyatakan dalam kajian ini. Penulis membuat penjelasan
berdasarkan kajian orang lain terhadap ICT dalam pendidikan, sikap guru,
cabaran dan halangan kepada penggunaan ICT di sekolah khususnya SM Teknik dan
Vokasional. Sepatutnya penulis menyediakan instrument untuk kajian ini supaya
nampak lebih ilmiah kajian ini. Penulis banyak bergantung pendapat orang lain
berkaitan isu kajian ini. Di antara kenyataan orang lain yang dirujuk ialah:
i)
Gbomita (1997) iaitu sikap guru terhadap
computer adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada
penerimaan guru-guru terhadap penggunaan
computer selain dari faktor cirri-ciri computer.
ii)
Zulkifli dan Raja Maznah(1994) mengatakan
sikap yang positif adalah penting untuk mendodrong seseorang bagi mempelajari
apa-apa saja.
iii)
Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan
bahawa guru menggunakan computer untuk menghasilkan penyampaian yang lebih
menarik serta berkesan, mengurus pelajar mereka dengan cekap dan memudahkan
komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar.
iv)
Ambighapathy dan Shanti (2004) menyatakan
bahawa era teknologi memerlukan penglibatan guru-guru dan aktiviti pembelajaran
menjurus kepada pembelajaran berterusan sepenuhnya.
3.4 Perbincangan
Penulis
membahagikan perbincangan isu ini dari segi:
Kekangan
dan cabaran penggunaan ICT dalam pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu :
a) Kekangan
dari segi menghabiskan silibus
Penulis
mencadngkan penggunaan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT mencakupi
penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan
yang diselaraskan di peringkat sekolah dan perisian perlu dirancang sesuai
dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif.
b) Sikap
Negatif Guru
Penulis
menyarankan supaya guru-guru harus meninggalkan amalan lama dalam p&p.
Persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam anggota adalah penting kea
rah sesuatu perubahan sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994).
c) Kekurangan
Kemahiran Penggunaan IT
Penulis
menyarankan supaya guru-guru diberi kursus jangka pendek untuk mendapat ilmu
dan pengetahuan baru berkaitan ICT.
d) Kekurangan
Prasarana dan Bahan Bantu sokongan
Penulis
menyarankan supaya pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan
multimedia dan mempertingkatkan infostruktur seperti rangkaian, kandungan
tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang
membolehkan penyediaan infostruktur.
e) Jurang
ICT dan Digital
Untuk
mengatasi masalah ini penulis menyarankan supaya penggunaan computer perlu
diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan luar bandar.
f) Sumber
Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Dalam
hal ini penulis menyarankan sekolah perlu menangani masalah kewangan dari masa kesemasa mengikut
keupayaan masing-masing supaya pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
berasakan ICT di sekolah berjaya dan dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dan
juga pelajar-pelajar sekolah seiring dengan kemajuan ICT dunia.
3.5 Kesimpulan
Penulis telah menyimpulkan
bahawa penggunaan ICT dalam pendidikan
adalah selaras dengan dasar Pembangunan Negara oleh itu Kementerian Pelajaran
Malaysia harus lah menyediakan segala kemudahan dan peralatan ICT yang sentiasa
berubah mengikut peredaran masa secara
global.
Persediaan dari segi latihan
dan kemahiran guru untuk mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dimantapkan sepanjang masa. Sikap guru-guru perlulah diubah
untuk menerima perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berasakan dunia abad ke 21 (21st Century Skill in Education).
Kejayaan penggunaan ICT di
dalam pendidikan bergantung kepada keupayaan kerajaan menyediakan segala
prasarana dan peralatan ICT di seluruh pelusuk bandar dan juga kawasan luar
bandar supaya kemudahan internet dapat diekses dengan mudah. Kerajaan perlu
menyediakan peruntukan kewangan yanga banyak untuk menjayakan penggunaan ICT di
dalam pendidikan supaya hasrat ini tidak seperti melepaskan batuk di tangga
sahaja.
4.0 Pernghargaan
Tiada penghargaan yang
dtujukan oleh penulis.
5.0 Rujukan.
Penulis menggunakan bentuk
rujuk berdasrkan sisitem APA.
6.0 Kekuatan
dan Kelemahan
Dalam jurnal ini penulis
membinvangkan isu ICT dalam pendidikan dalam konteks pelaksanaan di SM Teknik
Dan Vokasional , sikap guru, cabaran dan halangan dengan bersandarkan hasil
kajian orang lain. Hujah-hujah dalam perbincangan adalah pendapat pengkaji lain
berdasarkan bahan rujukan yang disenaraikan. Tiada teori yang digunakan untuk
perbangdingan dari segi amalan dalam pendidikan. Itulah sahaja kekuatan
penulis.
Namun begitu kajian yang dilaporkan oleh
penulis mempunyai kelemahan yang boleh dibaikki. Penulis dan rakan sepetutnya
menyediakan instrument supaya dapat mengumpul data-data hasil kajian yang boleh
dijadikan sebagai bahan bukti. Dalam kajian ini penulis tidak menyatakan
bilangan SM Teknik dan Vokasional yang dijadikan lapangan untuk kajian, tidak
dinyatakan juga bilangan responden yang terlibat. Kajian ini berbentuk
kulitatif dan penulisan secara naratif tidak spesifik dari segi kutipan data.
Sunday, 12 February 2012
Ulasan Jurnal
http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%2013.pdf
Ini ialah jurnal yang saya akan ulaskan dalam proses.
Ini ialah jurnal yang saya akan ulaskan dalam proses.
Saturday, 11 February 2012
Ini image blog yang final punya.
Setelah diedit inilah hasil muktamat yang akan diguna pakai untuk web site saya. Harap menepati apa yang pensyarah nak.
Tuesday, 7 February 2012
Monday, 6 February 2012
My Banner
Harap-harap diterima oleh Encik Hasnan, saya ni baru belajar nak buat banner kalau salah tolong tunjukkan. Saya buat yang simple saja. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)